Followers

Tuesday, October 24, 2017

KMPk Travel Series - Day 6 at Yogyakarta, Indonesia.

✈Ahad - 1 October 2017✈

Hi my lovely readers,

Let's continue for 6th day at Yogyakarta, Indonesia.

Okay so mulalah hari ke 6 kami di Dieng Plateau ni. Bangun seawal pukul 2.30am sebab pkul 3.30am dah nak gerak untuk mengejar Sikunir Golden Sunrise. Dengan mamai2 muka tak mandi masing2 hmmm paham2 je la ye kenapa hahaha kami pun gerak la ke Sikunir Hill tu. Entrance fee ke Sikunir Hill ialah Rp10,000 ya anak2. Sampai je kat parking lot tu, dah ramai orang da sampai. banyak kereta. Kat situ jugak ada gerak2 jual mafla, glove, sweater semua. kome nak beli kat situ pun okay murah2 jugak.

Auuuuu sejuknya!

Then startla hike ke atas around 40 minit camtu rasanya. Puncak dia ni ada 3 pos, pos 1, 2 dan 3. Pos 1 yang paling bawah. Aku dgn member aku lagi sorang mampu takat Pos 1 je, pancit tahap sesak nafas dah dengan sejuk lagi nk bernafas pun susah. Member lagi 2 orang teruskan ke Pos 2 ke atas lagi.

Sesampai puncak tu still gelap lagi and kawasan sekeliling mcm mendung dan banyak awan. Tunggu punya tunggu sekeliling dah cerah tapi matahari still tak nampak. Hmmm tahu dah la harini takde golden sunrise tu sbb awan tebal sangat. Kecewa sikit tapi nak buat camne kan dah takde rezeki. So, kitorg pun ambik la gambar tanda2 kenangan. Mas Supir awal2 tu ada cakap selalunya boleh nampak Sunrise tu dalam bulan 7 camtu cantik.

Comel kan glove weols hehe~

 



Mungkin tak ramai org Malaysia yang datang kawasan Dieng Plateau ni, jadi bila orang nampak kami and dengar cara kami cakap, semua pakat ajak tangkap gambar. Ade satu group sekolah adik ni mula2 diorang mintak tolong tangkapkan gambar, so tangkap je la ckp mesti la dlm bahasa Malaysia. Then diorang mcm tengok sesama sendiri. Sis pun dah pelik tapi buat dek je la. Bagi henfon dan tangkap gambar kami pulak. Tetiba dicuit bahunya ajak bergambar sama2. Macam2 gaya selfie ramai2, selfie sorang. Ade la beberapa gambar yg sempat ambikkan dlm phone sis.

Adik2 Dieng yang ajak gambar sama2 lepas tolong amikkan gambar diorang 😂




Senyum sikit dik seram hakak hahaha

Group guru2 dari Solo ajak bergambar bersama.

Giliran kami lak tangkap gambo







Nampak macam kat Korea tak? haahaha
Okay, settle kat puncak tu, kami pun turun la ke bawah. Singgah salah satu kedai makan utk breakfast. Rasa macam kat New Zealand sejuknya pastu sekeliling pun kawasan dia nampak cmtu..cantikkk..




Settle brekpesss kami pun kembali ke Mas Didik haha. Then gerak ke tempat seterusnya. Next we went to Batu Ratapan Angin yang mana viewnya Tasik Telaga Warna. Kat sini entrance feenya Rp10,000 sbb kami dapat harga local. Kalau harga foreigner Rp30,000 ya. Kami dapat harga local sbb supir tolong belikan. Kat sini banyak spot yang boleh tangkp gambar utk nampakkan Tasik Telaga Warna. tapi kena bayar tau setiap spot tu. Taknak bayar kome tangkap gambar atas batu ni je mcm gambar kt bawah:









Kome kat sini jangan pegi ke sini dari bawah tau, kalau dari bawah foreigner charge harga Rp150,000. Rasa macam tak berbaloi. Terus datang dari atas je okay. Btw Tasik Telaga Warna tu takleh berenang sbb tu tasik berasid, jangan buat bebal pulak gi mandi.

Okay then gerak ke tempat seterusnya. Next kami ke Kawah Sikidang. Entrance fee Kawah Sikidang ni Rp15,000 dan dia termasuk dgn entrance fee utk Candi Arjuna. Tapi Rp15,000 tu harga local tau, kalau harga foreigner dalam Rp30,000. Kami bernasib baik lagi sebab mas supir kami yang belikan tiket.

Kawah Sikidang ni lah tempat yang aku nak sangat pegi sebab sis suka tempat yang gini. Sesampai tu sis nasihatkan untuk kome beli mask muka. Sebab kat dalam tu busuk bak hang bau sulphur. Taktaula nak explain mcm mana busuk dia tu, sekurangnya dengan mask tu dapat la kome kurangkan sikit baunya. Mask muka tu harganya Rp5,000 untuk 3 keping. Selain bau yang mcm tu, kat sini bunyinya agak bising. Sebab ada pembebasan gas yang tersimpan ke udara. Macam kat gambar bawah ni.






Dah habis pusing2, kami singgah di gerai2 di tepi2 tu untuk beli souvenir dari Dieng Plateau. Take note eh yang souvenir dari Dieng ni takde kat Jogja, so better beli kat sini. Weols beli Carica tu. Sedap weh. Buah tu takde kat kawasan tanah rendah, dia ada kat kawasan tanah tinggi macam Dieng Plateau je.

Dah habis shopping kami pun gerak ke Candi Arjuna. Entrance tu kome bagi tiket yang Kawah Sikidang tadi tu eh. Jangan la bijak sangat pegi buang pulak tiket tadi tu haa.

Macam sis cakap basically candi2 ni semua sama je, so kitorg pun jalan2 la area situ. Kat situ pun sejuk weh best jalan2. Pastu mcm ada tempat lapang berumput hijau, sesuai la kalau kome nak lepak2 kejap sambil photoshoot.




Nampak tak aku lesing kang











Macam kat Korea pulak iols kan hahaha

Hahahahaha maaf la tak tangkap pulak gambar candinya sibuk photoshoot benda lain. Nanti kome gi la tengok sendiri ye.

Then selesai tour kami di Dieng Plateau. Kami gerak semula balik ke homestay untuk mandi semua dan gerak balik ke Jogja.

Sampai di hotel di Jogja, kami keluar dinner di sekitar hotel. Harga dalam Rp24,000.

End of Day 6 at Yogyakarta, Indonesia. (Dieng Plateau)

Expenses Day 6:

Sikunir Hill Golden Sunrise: Rp10,000/person
Batu Ratapan Angin: Rp10,000/person (local)
Kawah Sikidang + Candi Arjuna: Rp15,000/person (local)
Dinner: Rp24,000

Additional Expenses:
Mask: Rp5,000/3 person

Total Expenses Day 6: Rp59,000/person (exclude Additional)

Wait for the details for Day 7 at next post. Stay tune gais!

Note:
For any photo reference, you can go to Instagram and search #kmpktravelseries. Kat situ ada lagi gambar2 yang sis tak post sini. or boleh follow instagram kami @nyul_aidaaa , @fatensyahira , @syazwanii.ismail and @shahirahshibi .

No comments:

Post a Comment