Followers

Tuesday, October 24, 2017

KMPk Travel Series - Day 5 at Yogyakarta, Indonesia.

✈Sabtu - 30 September 2017✈

Hi Uols~

Okay I'm back for itinerary Day 5 at Yogyakarta, Indonesia.

So, let's go! Harini misi menjejak Rangga ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ kehkeh

Harini dalam itinerary kami plan nak tengok sunrise hewhew. So seawal pkul 3.30 pagi kami dah gerak dari hotel. So kitorang semua pegi ke Setumbu Hill. Bila da smpai Setumbu Hill tu, bayar entrance fee dulu sebanyak Rp30,000 sahaja~ Then ya this is the hardest part utk orang yang tak fit langsung macam aku ni. Kena hiking lebih kurang dalam 30 minit macam tu rasanya tak ingt dah berapa lama. Pancit gak la. Dinasihatkan kome pakai kasut sukan ye sebab jalan lecak nanti tak pasal2 tergolek ke bawah nanti.

Sampai2 kat atas tu dah macam pasar malam pun ada sebab ramainya orang. macam broga hill jugak la sekarang kan dah rupa pasar malam ramai gila orang hahaa. mungkin jugak sebab kami pergi tu time weekend so ramai le orangnye. Dah sampai tu kome cari la port best yang boleh dibuat rakam sunrise tu. Cuaca agak berawan sikit tapi kami bernasib baik la jugak nampak jugak la mataharinyaa.



Btw, kat Setumbu Hill tu ada banyak spot2 untuk tangkap gambar. U gais pilih la nk tangkap gambar dekat yg mana tapi kena beratur ye anak2. jangan jadi gengster sangat potong barisan orang. Nanti kan kat puncak tu akan ada 2,3 orang yang akan offer untuk tolong ambikkan gambar. tapi u gais jangan jadi bebal sangat buat dek je, hulur le sikit duit upah nanti lepas dah habis ambikkan gambar. bagilah seikhlas hati kome ye. bagi Rp5,000 sorg pun da okay.

Maafla member sis ngantuk kot tu pakat pejam mata hehehehe



Acah jadi photographer jap 


Laju2 buaiku laju aku nak kawen dengan anak raja hahahahaahah kbye







Okay done Puntuk Setumbuk Hill. Next we ols gerak ke Gereja Ayam Bukit Rhema. Tak jauh pun dari Setumbul Hill ni actually. Dari puncak Setumbu Hill pun boleh nampak Gereja Ayam tu.

Oh Rangga ku, aku datang ni~ heheh

Okeh Gereja Ayam Bukit Rhema ni entrance nya Rp30,000 ye. Entrance fee dapat singkong free tau kat cafe kat Gereja Ayam tu. Dengar je dapat makan, so I and the geng gembira kejap. Biasala lapar kot pagi2 buta da panjat bukit tak sempat breakfast. So nak ke Gereja Ayam ni korang kena hiking sikit jugak ye. Curam jugak le bukitnye pun tapi x jauh sangat. Tapi penat jugak lah.


Sesampai je atas, kami cari Singkong dulu lah hahaha.Singkong ni mcm ubi rebus tu. Kalau kat Malaysia kita makan dengan kelapa gula tu kan, kat Indonesia makan dengan sambal. Agak pelik tapi sebab lapar telan je lah hahaha.

Ni ha Singkongnyaa~






Dah siap makan, kitorg pun jalan2 sekitar Gereja Ayam ni. Nak tahu tak, yang dipanggil Gereja Ayam ni sebenarnya bukan ayam, tapi burung merpati. Korang boleh dptkan flyers sejarah Gereja Ayam ni kat sana nanti untuk tahu lebih lanjut ok. So lets go bergambar.










Mencari Ranggaku ntah kemana hilangnya~








Dah habis jalan kat area gereja ni. Kitorg berpiknik jap minum air kelapa dap dap kat area Gereja Ayam ni. Banyak gerai jual air kelapa pilih la mana korang nak. Kitorg ambik yang duduk atas tikar kat bawah sambil minum air kelapa. Dua biji kelapa bantai weh nikmat gila. Try la naaa.

Okay done. Lepas settle kat sini kami pun mulakan perjalanan ke Dieng Plateau. Ambik masa dalam 4 jam camtu. Dia bukan dalam daerah Jogja, dia kat daerah lain tu pasal makan berejam tu. Dalam kereta ape lagi tido je la keje kami kihkih.

Sesampai je di Dieng Plateau, kami pergi dinner dulu di salah satu kedai makan di sana. Tak ingat nama apa tapi kedai ni ada jual glove mafla semua lah sebab kat atas tu sangat sejuk okay. Capai suhu 15darjahcelcius time kitorg smpai tu.

Dinner ikut la apa korang makan, kalau aku kena Rp31,000 termasuk air.

So, kalau korang nak datang Dieng Plateau ni tak payah beli glove dari Malaysia. Beli je kat sini murah pun murah pilihan pun banyak.

Okay dah siap makan, kami pun gerak untuk check in ke homestay. Kami stay di Homestay Puspa Indah. Satu bilik untuk dua orang ialah Rp250,000. Kami berempat tapi taknak duduk bilik asing so kawtim dengan owner tu untuk duduk satu bilik dengan harga Rp300,000 satu bilik.

Okay dah check in semua settle lah. Check in je bilik, semua meringkuk atas katil. Sejuk weyyyyy. Lantai pun sejuk nak pijak pun tak mahu. Nak mandi pun fikir 200 kali sbb takde air panas. Time kitorg dtg tu mcm tak function air panas kat bilik. Tapi sbb tak selesa mandi le gak gigih tahan air panas dari water filter. Aku sorang je yg gigih sebenarnya hahahahahah kbye malas cerita yg lain paham2 la sendiri. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Okay kami pun rehat sebab esoknya kena bangun awl.

End of Day 5 at Yogyakarta, Indonesia.

Expenses Day 5:

Setumbu Hill: Rp30,000/person
Upah Photographer: Rp5,000/person
Gereja Ayam Bukit Rhema: Rp30,000/person
Dinner: Rp31,000/person
Homestay: Rp75,000/person

Additional Expenses:
Air Kelapa: Rp15,000
Glove: Rp10,000

Total Expenses Day 5: Rp196,000/person (include Additional)

Wait for the details for Day 6 at next post. Stay tune gais!

Note:
For any photo reference, you can go to Instagram and search #kmpktravelseries. Kat situ ada lagi gambar2 yang sis tak post sini. or boleh follow instagram kami @nyul_aidaaa , @fatensyahira , @syazwanii.ismail and @shahirahshibi .

No comments:

Post a Comment