Followers

Friday, October 20, 2017

KMPk Travel Series - Day 3 at Yogyakarta, Indonesia.

✈Khamis - 28 September 2017✈

Hi all readers,

I'm back for 3rd day itinerary at Yogyakarta, Indonesia.

So, let's continue...

So, pada hari ketiga ni kami pergi ke 4 tempat iaitu Kalibiru Wisata Alam, Kedung Pedut Waterfall, Gumuk Pasir and Pantai Parangtritis.

So, pepagi tu kami gerak dalam pukul 9am. Dalam 10.30 tu sampai laa kat Kalibiru Wisata Alam ni. Sebelum sampai ke tempat spot2 tangkap gambar tu, kome kena mcm hiking sikit dalam 500m-800m camtu kot dari tempat parking, tak ingt pulak tapi smpai atas tu penat gaya mcm naik separuh Broga Hill lah. Tambah dgn aku yg tak fit langsung ni, memang termengah le naik atas tu. Dahla yg mendaki tu mcm nak 50 darjah gitu curamnya..

Entrance fee untuk Kalibiru Wisata Alam ni Rp5000 ye anak2. Kat Kalibiru ni ada banyak spot yang boleh tangkap gambar mcm dalam list bawah ni:


Korang boleh pilih lah nak yang mana satu, kalau mcm team kitorg pilih yang spot bundar and spot dua. Bayar fees ni kat spot2 tu nanti bukan kat entrance ye. Kat sini ada yang offer tangkap gambar pakai kamera diorg, saya nasihatkan ambik je lah yang pakai kamera ni sbb gambar lagi cantik. sebab lighting kat situ gelap sikit so deme ada full equipment skali dgn flash ke mende ntah, so cantik la gambar kome nanti. Tapi kena bayar setiap spot utk gambar sebanyak Rp20,000. Boleh dapat 4 keping gambar hantar terus ke dalam phone anda ok. Diingatkan untuk siapa yang takut tinggi, anda kena kuatkan hati. Macam aku mmg takut tinggi ni, naik tangga nak ke spot2 tu menggeletar beb. Tapi dah smpai kan takkan nak sia-siakan..

So, malas nak cakap banyak, tengoklah koleksi gambar kitorg masa kat sini:







Spot Bundar:











Spot Dua (Bunga):
Orang suruh buat love, ntah ape lah bentuk dak tu buat --








Okay dah habis tangkap gambar semua, kami pun turun lah semula ke tempat parking. Turun tu ikut jalan naik tadi lah yang jauh nye tu. Dinasihatkan kome bwk la air utk mengelakkan dari dehydration.

Next, kami gerak ke Kedung Pedut pulak. Kedung Pedut ni macam air terjun tapi cantik angat sbb air dia warna biruuu. sbb apa warna biru? Dia ada kaitan dgn subtances dari gunung berapi yang membuatkan air dia warna biru. Time kami sampai sini, hujannnnnn πŸ˜ͺ. Kelakarnya, sebab hujan kami je yang ada kat situ. Parking pon kosong adoi. Tapi dah sampai kan, kami pegi je la. Entrance fee untuk Kedung Pedut ni ialah Rp20,000. Korang boleh nak mandi sini kalau bawak baju. Kami tak mandi sbb tak bawak baju. Jalan2 tengok air terjun je hehehe. Jalan nak ke air terjun agak jauh la maybe dalam 15min jalan. Kat sini ada aktiviti flying fox and yang naik basikal tu. Of course ada fees. kalau yang flying fox tu Rp15,000 pegi balik and basikal tu Rp10,000 sehala. Kat sini pun gambar kena charge Rp5,000 je. Gambar semua dihantar melalui email.

So, tengok lah koleksi gambar kami kat Kedung Pedut ni:

















I memang kat mana2 pun ngantuk. hahaha
Okay, dah habis aktiviti kat sini. Kami teruskan perjalanan ke Gumuk Pasir dan Pantai Parangtritis. Perjalanan ke sana dalam 1 jam la lebih kurang. Entrance fee ke kawasan ni ialah Rp4,000 (weekdays) or Rp5,000 (weekend).

Gumuk Pasir ni basically macam Pantai Klebang laa ada gunung gunung pasir. Cantik buat photoshoot. Kami jalan2 area situ and tangkar beberapa gambar.











Kat sini cantik waktu petang nak sunset camtuuu..



So dah habis sesi fotografi weols kat Gumuk Pasir tu, kami gerak ke Pantai Parangtritis pulak. Tak jauh pun dalam 5 minit jee..

Kami pun lepak pantai tu sambil tunggu sunset sambil makan jagunggg picnic tepi pantai. Ombak kat Pantai Parangtritis ni cantik weh sebab dia punya ombak besar dan banyak tau. Macam mana ntah nak explain. Korang kena tgok sendiri lah hahahahah.





kat sini ada aktiviti naik kuda and atv kalau nak try.

Cantik kan sunset? 😍😍

Dah habis sunset kami pun gerak balik ke hotel. Punya seronok jalan lupa nak makan, otw balik tu kami singgah ke kedai Ayam Geprek Mbok Moro. Kami semua order Ayam Geprek Onseng Mercon. Weh babe seriously pedas gua cakap lu. Nama pun mercon kan. Kalah pedas samyang weyyy. Tapi sedap gila gila. Member yang tak makan pedas, terus give up gila kejap dalam kedai tu haritu hmmm. Uols wajib jumpa kalau pergi Jogja.

Ni makanan yang kitorg order tu:

Nasi Ayam Geprek Onseng Mercon with Es Jeruk (harga Rp19,000)




Dah settle makan semua, kami pun gerak balik ke hotel untuk berehat~

End of Day 3 at Yogyakarta, Indonesia.

Expenses Day 3:

Kalibiru Wisata Alam: Rp5,000 (Entrance Fee)
- Spot Bundar: Rp15,000 (Photo - Rp20,000)
- Spot Dua: Rp10,000 (Photo - Rp20,000)
Kedung Pedut - Rp20,000
Gumuk Pasir + Pantai Parangtritis: Rp4,000 (Weekday)
Dinner: Rp19,000/person

Total Expenses Day 3: Rp113,000/person

Wait for the details for Day 4 at next post. Stay tune gais!

Note:
For any photo reference, you can go to Instagram and search #kmpktravelseries. Kat situ ada lagi gambar2 yang sis tak post sini. or boleh follow instagram kami @nyul_aidaaa , @fatensyahira , @syazwanii.ismail and @shahirahshibi .




No comments:

Post a Comment