Followers

Thursday, October 5, 2017

KMPk Travel Series - Day 1 at Yogyakarta, Indonesia.

✈Selasa - 26 September 2017✈

Hi all readers,

Long time no see. Dah hampir 5 tahun aku tak update blog kan. Kali ni rasa rajin sikit nak update sbb sis nak share my itinerary at Yogyakarta berikutan dengan banyak permintaan. My friend ada yg share the simple travel itinerary, mine will share with story and details of the journey. Kalau rajin boleh lah baca untuk setiap hari, kalau malas, nanti boleh baca untuk post summary yg akan di-post after sis update for the last day at Yogyakarta, Indonesia.

Alert that this post will be using bahasa rojak. 😜😜

We named our trip as KMPk Travel Series and ada 4 orang yang pergi. My besties masa kat matrik dulu Faten, Wani dan Shibi. Kami pergi sana selama 8 hari 7 malam. Dah alang2 bercuti kan, ambik lama terus.

So flight kami pkul 8.55am on 26 Sept 2017. Tapi malam pkul 12 lebih tu kami dah ke klia2 sebab kalau nak pegi pagi2 buta takde sape yang nak tolong hantarkan ke airport. Sebab kami semua tak pernah lagi pegi overseas trip, kami decide nak pegi awal la so takdela nak kelam kabut nak settle apa2 kat airport tu. Lepas tanya beberapa orang, kitorg check in pakai Self Check-in Kiosk tu. Oh btw kami book flight ticket with AirAsia. Biasalah nak murah 😁. After dah dapat boarding pass, kitorg check timbang luggage supaya tak lebih 7kg untuk bwk naik kabin.

Sebelum boarding, ambik gambar dulu~


After dah settle with luggage, immigration, kastam and all, berlari kami ke boarding gate, gila jauh daripada entrance pelepasan antarabangsa tu. Boarding gate kami Q19, so memang nk dekat hujung sana, tgok board, boarding time dah berkelip, kelam kabut kami lari. Tapi nasib baik la time sampai tu belum lagi boarding ke flight. Legaa, fuhhh~



Cut short, around 11.30am (waktu Indonesia) kitorg sampai Yogyakarta, Indonesia. Take note yang waktu Indonesia awal sejam dari Malaysia. Sampai2 tu, supir kami, Mas Didik dah siap2 tunggu kat Adi Sucipto International Airport. Sampai2 tu make sure korang terus ajak supir korang pegi beli simkad dulu. So, kitorg ajak Mas Didik singgah mana2 kedai untuk beli simkad. Kami decide untuk beli simkad Simpati dengan pakej internet 12GB harga Rp75000 camtu. Cukup la 12GB tu untuk seminggu kan. Korang nak beli sorang satu simkad pun boleh or nak beli satu then pakai hotspot or ada bawak modem pun boleh. Mana2 yang korang rasa okay la. Kami beli simkad asing2 untuk diri sendiri.

Then, kami teruskan perjalanan ke Pantai Timang after settle beli simkad tu. Kami decide untuk terus pegi sebelum check in hotel sbb masa perjalanan ke Pantai Timang ambik dalam 2 jam. Afraid yang tak sempat nak pergi kalau check in hotel dulu, so kitorg terus gerak ke sana dengan muka barai masing2 tak mandi hahahahaha.

After 2 hours of journey, kitorg sampai kat tempat jeep/ojek utk ke Pantai Timang tu. Untuk pergi ke Pantai Timang, takleh pakai kete2 biasa ni, kalau pakai mmg rabak la kereta kau tengah jalan. Sebab kami semua gegirls, so kami decide untuk naik jeep untuk keselamatan walaupun mahal sikit. Tak recommended sangat naik ojek sbb perjalanan ke pantai tu sangat lah bahaya sbb jalan dia bkn jalan raya ye. Dia jalan berbatu mcm batu karang tu. So naik jeep ni charge Rp350,000 satu kereta. Even kami naik jeep pun ade smpai nak terjatuh kalau tak pegang kuat2. Take note ye yg wanita pregnant tak boleh naik atau pegi ke Pantai Timang ni sbb berisiko tinggi.


ni ha jalan yg korang akan lalu nanti

Around 30min menderita sepanjang jalan, akhirnya kami sampai ke tempat yg rasa macam mustahil ada kat dunia ni. Ya Allah, sangat cantikkkkkkk okay! Dengan ombaknya, air lautnya, warnanya, pulau keciknya semuanya macam amazing gila. Korang yang datang Jogja tu tapi tak datang sini memang berdosa. Rugi sangat kalau tak datang.



So kat sini ada dua cara nak pergi ke Pantai Timang tu. Satunya cross jambatan, satu lagi naik gondola. Naik gondola harganya Rp200,000 and kalau naik jambatan harganya Rp100,000. Mas Didik kata lagi selamat naik gondola ni dari jambatan tapi up to you lah yang mana yg berani. 

At first, aku yang memang ada Acrophobia ni mmg hesitate lah jugak nak naik bendalah ni, tapi decide untuk naik je gondola sbb tengok tourist lain naik okay je. Nasib kami jugak datang time weekdays and tiem macam tu sbb tak ramai orang langsung. So Pantai Timang tu kitorg punya lepas tourist yang currently ada tu dah balik hahaha. Pergi ke pulau tu kami pergi berdua, balik baru naik sorang2.

Kat sana tu nanti, akan ada sorang dua yang offer nak ambikkan gambar korg, kalau korg accept tu, nanti dah settle hulur2 le duit sikit bagi upah. Takyah banyak pun takpe Rp5000 sorang pun okay.
Antara gambar2 yang kami ambik time kat sana, brace yourself sbb banyak ok. hahaha



















Ada mas yg di situ suruh kami stay untuk tunggu sunset,tapi kami tgok jam baru pkul 4pm so kami macam lama gila nak tunggu sunset 2 jam lagi. Pastu kami decide untuk balik je sbb nak makan lobster and nak kejar tempat lain pulak.

bergambar sebelum beredar dari sini. sedih rasa nak tggal tempat cantik macam ni.
Okay, after settle di Pantai Timang, kami pun kembali ke parking kereta dgn naik jeep dan lalu jalan balik yg sama dgn yg datang tu. 30min lagi kena menderita hahaha adoi. Sesampai je kami terus pegi ke Kedai Lobster Pak Sis Timang yang kami dah book tadi. Kami order package yg berharga Rp500,000 dapat yang mcm dalam gambar kat bawah ni.



Package tu dpt la lobster 6 ekor, nasi putih, tempe goreng, sotong goreng tepung, sambal, ulam2 and air. Berbaloi2 bak hangggg sebab sedap gila. Korang kena cuba tau!

Kalau nak tau, kedai ni Team Running Man (Gwang Soo oppa & So Min unni) ada datang makan sini, ni bukti..


Habis makan tu keluar kedai, kami semua terkejut sebab dah gelap padahal baru pukul 5.30pm mcm tu. Baru tahu yang pkul 5.30pm mmg dah gelap and masuk maghrib dah pun. Pastu teringat mas tadi yang suruh stay untuk sunset, logik jugak dia suruh stay hahaha. Dari tadi kami ingt dia tak logik langsung.

Datang ye kedai ni cuba lobsternya πŸ˜„πŸ˜‹
Kami pun gerak balik ke hotel. Otw balik tu Mas Didik ajak singgah kat satu tempat ni namanya Lesehan Bukit Bintang Seribu. Tempatnya sangat cantik sbb boleh tengok satu bandar Jogja dari atas tu. Kami tak ambik gambar sbb cantiknya tak nampak kat gambar tu. So you gais kena try pegi sendiri okay.

After that, kami sampai ke hotel and check-in. Nama hotel kami Satya Graha Hotel memang dekat tetengah bandar Jogja tu so kedai makan ke kedai runcit ke semua boleh pegi jalan kaki je. Untuk 8 hari 7 malam, harganya Rp1,680,000 untuk satu bilik. This hotel is with breakfast so berbaloi lah.

Balik kami pun berehat untuk simpan tenaga hari esoknya.

End of Day 1 at Yogyakarta, Indonesia.

Take note yang aku akan share perbelanjaan dalam Indonesian Rupiah sahaja sbb you will find it useful later kat sana. Btw, sebelum datang sini, dah tukar siap2 duit sebanyak Rp3juta around RM960.

Expenses Day 1:
Simcard : Rp75,000
Jeep ke Pantai Timang: Rp87,500/person
Gondola Pantai Timang: Rp200,000/person
Upah photographer: Rp5000/person
Lobster: Rp125,000/person
Check-in Hotel: Rp420,000/person

Total Expenses Day 1: Rp912,500/person

Wait for next day details on the next post. Stay tune gais!

Note:
For any photo reference, you can go to Instagram and search #kmpktravelseries. Kat situ ada lagi gambar2 yang sis tak post sini. or boleh follow instagram kami @nyul_aidaaa , @fatensyahira , @syazwanii.ismail and @shahirahshibi .

Thank you!






No comments:

Post a Comment